Wednesday, September 21, 2011

adam

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu~
Sesungguhnya aku adalah Hawa~
Temanmu yang kau pinta semasa di syurga~
Asalnya aku dari tulang rusukmu yg bengkok~
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu~
Sentiasa mahu terpesong dari landasan~
Kerana aku buruan Syaitan~


Adam,
Maha Suci ALLAH yang mentakdirkan~
Kaumku lebih ramai dari kaummu di akhir zaman~
Itulah sebenarnya kelebihan ALLAH dalam urusanNYA~
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku~
Nescaya akan merahlah dunia kerana darahnya manusia~
Kacau bilaulah suasana~
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa~
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Qabil dan Habil~
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya~
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 ALLAH~
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu~
tapi tidak lebih dari 4 pada satu waktu~


Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku~
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku~
Tetapi....
aku risau~
Gundah gulana menyaksikan tingkahmu~
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu~
Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...


Adam,
Aku tahu bahawa dalam al-Quran ada ayat yg menyatakan~
“kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita~”
Kau diberi amanah utk mendidik ku~
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga ku~
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu
Tetapi Adam~
Nyata dan apa yg sudah terjadi pada kaumku kini~
Aku dan kaumku ramai yg telah menderhakaimu~
Ramai yg telah menyimpang dari jalan yg ditetapkan~
Asalnya ALLAh mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah~
Di jalan-jalan,
Di pasar-pasar,
Di bandar-bandar,
Itu bukan tempatku~
Jika terpaksa aku keluar dari rumah~
Seluruh tubuhku mesti ditutup
Dari hujung kaki hingga hujung rambut~
Tetapi.... realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya~

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu,
Aku jadi guru,
Itu sudah tentu katamu~

Aku ibu dan guru kepada anak-anak mu~
Tetapi skrg di waktu yang sama~
Aku ke muka menguruskan hal negara~
Aku ke hutan memikul senjata~
Padahal engkau duduk sahaja~
Ada di antara kau yg menganggur tiada kerja~
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba~
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara~
Apakah kau tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??


Adam...
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong~
Maka Adam yg patut tanggung!!

kenapa?
Mengapa begitu Adam?

Ya! Ramai org berkata jika anak jahat~ ibu bapa tidak pandai mendidik,
Jika murid bodoh, guru yg tidak pandai mengajar!

Adam,
Engkau selalu berkata~
“Hawa memang degil, tak mahu dengar kata~
Tidak mudah mdendengar nasihat”


Pada hematku yg dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu,apakah didikanmu terhadapku?~
Sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri isterinya?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam~
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum~
Aku adalah pengikut2mu~
Kerana kau bagiku adalah ketua~
Jika kau benar, maka benarlah aku~
Jika kau lalai, lalailah aku~
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu~
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku....
Akalku satu~ Nafsuku beribu !!

Dari itu Adam, pimpinlah tanganku~
kerana aku sering lupa dan lalai~
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya~
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH~
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku~
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi Mujahidah kekasih ALLAH~








Adam~
Seandainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri~
Masih segan mengikut langkah para sahabat~
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah~
Dunia ini akan hancur bila kaumku yg memerintah~
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri~
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu~


A

No comments:

Post a Comment